Sunday 19 February 2012


KEGUNAAN IT DALAM PELBAGAI BIDANG

1.0. PENGENALAN
            Komputer kini sedang menjadi kenyataan hidup.  Komputer telah mewujudkan sistem maklumat yang amat efektif dalam membantu memperkemaskan pengurusan sesebuah organisasi.  Ini menjadikannya sebagai alat yang amat diperlukan untuk segala urusan perniagaan, perindustrian, pendidikan, dan pentadbiran.  Boleh dikatakan semua organisasi besar ,sama ada jabatan kerajaan atau swasta , menggunakan komputer untuk pelbagai urusan harian mereka dan ianya merupakan industri yang paling pesat  di dunia masa kini.
Setiap organisasi biasanya mempunyai satu atau lebih sistem komputer besar serta beberapa unit mikrokomputer.  Sistem komputer besar adalah untuk tugas-tugas pemprosesan data yang banyak  sementara mikrokomputer adalah untuk kegunaan kecil seperti pemprosesan perkataan.  Komputer telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita yang amat diperlukan.
            Secara amnya, penggunaan komputer boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan.  Pertamanya  untuk pemprosesan data yang banyak bagi mengelak dari beban kerja yang berulang di samping meninggikan lagi keberkesanan dalam perdagangan dan industri.  Keduanya sebagai pembuat keputusan dan ramalan bagi pembuat-pembuat keputusan tentang perancangan, perkembangan, dan pertumbuhan berdasarkan data-data lalu.  Selain itu, ia juga sebagai alat kawalan sistem elektrik dan bukan elektrik berdasarkan keperluan kita seperti menutup alat hawa dingin jika suhunya rendah dan menjimatkan tenaga, menyambungkan bahagian-bahagian dan sebagainya.  Ia juga sebagai penghubung untuk menghubungkan data di seluruh dunia dalam masa yang singkat.
           Untuk bidang-bidang penggunaan yang telah dinyatakan tadi, program-program yang diperlukan mesti dibentuk ,diuji, dan dilaksanakan pada komputer.  Pelbagai program perlu ditulis dan dipautkan untuk membentuk sistem bagi tugas tertentu.  Secara amnya, sistem bermakna kumpulan software  dan hardware.  Memandangkan sistem-sistem ini digunakan untuk memproses data atau maklumat, kita menyebutnya sistem maklumat.
2.0       PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PELBAGAI BIDANG 
           Telah diketahui bahawa perkembangan penggunaan komputer semakin pesat sekarang.  Dalam semua bidang telah menggunakan komputer bagi melancarkan urusan. 
2.1 Penggunaan Komputer Dalam Bidang Perniagaan
           Penggunaan komputer dipraktikkan secara semaksimumnya antaranya dalam bidang perniagaan.  Malah perniagaan kecil juga menggunakan komputer memandangkan kini terdapat mikrokomputer yang murah harganya.  Organisasi-organisasi perniagaan kini mempunyai jumlah fakta dan nombor yang banyak untuk diproses.  Jadi, kebanyakan organisasi perniagaan telah mula menggunakan komputer,contohnya untuk mengira gaji, untuk mengesan barang-barang yang dijual dan yang masih dalam stok, untuk mengeluarkan dan menghantar atau menerima penyata perniagaan, surat, invois dan lain-lain.
           Penggunaan komputer dan alat-alat pejabat yang lain yang membantu pengurus, kerani, dan pihak pengurusan disebut disebut pengautomatikan pejabat.  Salah satu daripadanya ialah pemprosesan perkataan yang menggunakan kaedah menaip secara elektronik yang membolehkan kita menghasil dan mengubah surat, laporan, dokumen, dan lain-lain dalam beberapa saat berbanding  kerja menaip secara manual.  Banyak pejabat menghasilkan surat-surat piawai seperti pembayaran baki, jemputan dan sebagainya lagi.  Selain itu organisasi perniagaan setempat menggunakan komputer untuk menyedia, menyimpan, dan menghantar utusan ke tempat tertentu.  Pengurus organisasi itu juga boleh mengawasi kakitangannya bila-bila masa.
            Pengautomatikan  pejabat juga membolehkan pihak pengurusan atasan berunding tanpa bertemu secara fizikal yang disebut teleperundingan.  Antara kelebihan penggunaan komputer dalam bidang ini, ternyatalah ianya amat penting dalam sesebuah organisasi perniagaan.
2.2 Penggunaan Komputer Dalam Bank Dan Institusi Kewangan
           Pemprosesan data yang melibatkan akaun-akaun simpanan, simpanan tetap, pinjaman, pelaburan, analisis keuntungan dan sebagainya adalah antara operasi organisasi-organisasi kewangan.  Langkah-langkah yang digunakan adalah piawai dan berulangan.  Maka dengan itulah, institusi kewangan merupakan pengguna yang pertama sedar akan kepentingan komputer untuk menjimatkan masa.  Penggunaannya dalam institusi kewangan ini meliputi aktiviti pemindahan wang secara elektronik
          Misalannya sebuah bank mempunyai terminal di setiap cawangannya di seluruh negara dan juga di pasaraya, stesen minyak, sekolah, kilang, rumah, hotel, dan sebagainya.  Majikan akan memindahkan gaji ke dalam akaun pekerjanya dengan memasukkan nombor pengenalan pekerjanya seterusnya wang gaji dipindahkan ke dalam akaun pasaraya, hotel, atau stesen minyak apabila membuat sesuatu pembelian.  Kemudahan pemindahan wang ini yang disebut pemindahan wang secara elektronik ini amat efektif penggunaannya juga kaedah yang selamat dan cepat untuk urusan kewangan.
Dengan kemudahan yang dikenali sebagai ETC ini juga individu itu bolah mengeluar, memindah, dan memasukkan tunai atau cek ke dalam baki semasa pada bila-bila masa sahaja.  Ternyatalah tujuan utama penggunaan komputer dalam institusi kewangan dapat membantu dalam menyusun segala urusan pelanggan serta menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan cekap, mengurangkan penipuan dalam urusan kewangan juga menghapus urusan yang melibatkan wang tunai dalam masyarakat dengan matlamat utama untuk menghasilkan sebuah masyarakat tanpa tunai.
2.3 Penggunaan Komputer Dalam Bidang Industri
          Industri merupakan bidang yang banyak sekali menerima faedah daripada penggunaan komputer dan juga perkembangan mesin berupa manusia iaitu ‘robot’.  Industri pengeluaran misalnya memerlukan komputer untuk memproses banyak data yang dikumpul dari pekerja, pelanggan, jualan, keterangan barangan, jadual pengeluaran, dan sebagainya.  Boleh dikatakan komputer digunakan bagi mengawal proses pengeluaran.
Pemprosesan maklumat pengeluaran khasnya kawalan inventori bagi menyimpan maklumat terbaru tentang baki inventori bahan-bahan mentah dan juga barangan siap digunakan untuk menentukan nilai inventori dan status stok.  Hal ini komputer boleh mengingatkan kakitangan terlibat bila dia harus memesan bahan-bahan mentah dan bila untuk menghantar barangan siap kepada pelanggan.  Begitu juga untuk menyimpan maklumat tentang struktur sesuatu barangan, perancangan keperluan bahan malah dalam kerja proses turut menggunakan komputer bagi memudahkan pekerjaan.  Ternyatalah penggunaan komputer dalam bidang industri amat meluas serta turut mempengaruhi perkembangan industri di sesebuah negara.
2.4 Penggunaan Komputer Dalam Bidang Pendidikan
          Kini dalam era dunia sains dan teknologi yang semakin canggih, komputer mungkin mengambil alih peranan buku dalam menyimpan dan menyebarkan pengetahuan kepada orang ramai.  Dengan kata lain komputer akan mengubah cara kita belajar dan cara kita menyimpan pengetahuan.  Hal-hal yang berkaitan contohnya pendaftaran pelajar, penjadualan kelas, pemprosesan keputusan peperiksaan, penyimpanan peribadi pelajar dan guru boleh dilaksanakan oleh komputer dengan berkesan dan cepat dalam membantu pihak pentadbiran.
           Kini keputusan SPM dan STPM turut diproses oleh komputer.  Di IPT juga tugas-tugas pengautomatikan pejabat, pemprosesan keputusan peperiksaan dan penyelidikan saintifik turut menggunakan komputer.  Malah mengkatalog buku-buku di perpustakaan juga mengaplikasikan penggunaan komputer.  Tidak ketinggalan diguna untuk proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja di institusi-institusi pengajian tinggi juga di sekolah-sekolah, baik untuk mengajar dengan bantuan komputer atau belajar pendidikan tentang komputer.Oleh itu komputer kini sangat dititikberatkan dalam bidang pendidikan untuk menbantu dalam proses pentadbiran, penyelidikan juga apa yang penting ialah memudahkan serta membantu pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 
2.5 Penggunaan Komputer Dalam Bidang Perubatan
          Hospital dan klinik menggunakan komputer untuk menyimpan rekod pesakit, jadual doktor, jururawat dan kakitangan lain, inventori dan belian ubat-ubatan, penyelidikan perubatan dan juga diagnosis perubatan.
Pengaplikasian peralatan-peralatan berasaskan komputer atau penggunaan teknologi maklumat telah membantu para doktor untuk mendiagnosis penyakit.  Ternyata penggunaan komputer dalam bidang perubatan menyediakan penyelesaian kepada masalah-masalah rumit.  Antaranya teknologi komputer yang baru menyediakan pelbagai bantuan kepada mereka yang cacat.  Mikropemproses yang berasaskan sistem suara membantu orang-orang yang cacat percakapan dengan menggunakan terminal yang mengarahkan komputer untuk melakukan sesuatu tugas secara lisan.  Begitu juga perkembangan komputer telah membantu orang buta untuk melihat, orang bisu untuk berkomunikasi, sama ada dengan bantuan percakapan pensintesis atau dengan menggunakan papan kekunci.  Ini dapat membantu mereka menjadi lebih aktif dan dapat membuat apa yang mereka tidak boleh buat sebelum ini.
          Selain itu kerja-kerja pemprosesan data secara tradisional seperti mengeluarkan bil pesakit, statistik perubatan dan penjadualan kakitangan dan lain-lain telah turut diperkemas dan diproses dengan menggunakan komputer.  Sistem Maklumat Hospital yang digunakan dapat disimpan dalam pangkalan data pesakit secara berpusat.  Malah penggunaan teknologi maklumat iaitu komputer diprogramkan untuk mengkultur dan manganalisis bakteria, virus, dan agen jangkitan lain secara automatik bagi mengesan  dan mengenalpasti sesuatu penyakit seterusnya membolehkan pihak hospital dan makmal untuk memulakan rawatan.  Contohnya mesin Temography Bantuan Komputer (Computer Aided Temography, CAT) yang digunakan untuk trjuan tersebut.
          Begitu juga  komputer digunakan untuk mengaawasi pembolehubah psikologi seseorang pesakit seperti tekanan darah, suhu badan, ECG (Electro-Cardiograph) dan membunyikan amaran jika sesuatu yang tidak biasa berlaku.  Untuk tujuan ini komputer membaca pembolehubah yang berlainan dan membuat pembandingan dengan nilai-nilai piawai.  Jika ada sesuatu yang luar biasa yang berlaku komputer akan menarik perhatian doktor dan jururawat dengan mengeluarkan amaran.  Jelaslah didapati bahawa komputer mempunyai bidang pergunaan yang luas dalam bidang perubatan.
2.6 Penggunaan Komputer Dalam Bidang Perundangan
          Komputer telah digunakan dalam proses perundangan sejak beberapa tahun dahulu.  Penggunaan yang terpenting ialah dalam penyediaan dokumen yang menggunakan pemproses perkataan.  Penggunaan komputer juga melibatkan pemprosesan perakaunan perundangan untuk menghasilkan laporan mingguan dan bulanan, menyimpan rekod-rekod pembayaran perundingan, dairi untuk peguam mendapat maklumat mutakhir tentang pelbagai pelanggang dan prosedur mahkamah juga untuk menyimpan rekod-rekod pelanggang.
         Memandangan bidang ini sangat rumit, sudah menjadi keperluan untuk mendapatkan semula maklumat yang diperlukan sama ada tentang penindeksan jurnal undang-undang, kes penting, perkalaan, dan statistik atau keputusan penting untuk tujuan membuat keputusan dengan menyimpan bank data perundangan.  Oleh itu penggunaan komputer salah satunya akan membantu peguam dan peguam pelatih serta pelajar perundangan mencari data berkaitan tanpa membuang masa serta mendapat perkhidmatan yang lebih baik. 
2.7 Penggunaan Komputer Dalam Kerajaan
          Sektor kerajaan merupakan salah satu pengguna terbesar yang mempraktikkan penggunaan komputer dalam melaksanakan hal-hal pertadbiran.  Segala data yang diperlukan dapat diperoleh dalam jangka masa yang pendek misalnya maklumat tentang penduduk, perkhidmatan perancangan ekonomi, projek pembangunan negeri dan sebagainya untuk membuat perancangan serta membuat keputusan.
          Melalui komputer ramalan cuaca jangka panjang kini boleh dilakukan.  Dengan tiu kehilangan nyawa dapat dilakukan kerana adanya maklumat yang lebih baik dan pantas.  Kejayaan Neil Amstrong pada 23 Julai 1969 mendarat di bulan juga dijayakan dengan bantuan komputer yang digunakan untuk merekabentuk kapal angkasa, baju angkasa untuk angkasawan, dan juga jadual penerbangan.  Ini menunjukkan begitu pentingnya penggunaan komputer dalam bidang pengangkutan angkasa.
          Perkhidmatan pengutipan cukai dan cukai pendapatan turut dipermudah dengan menggunakan komputer.  Penyimpanan rekod pembayar cukai yang dilakukan secara manual serta mendatangkan pelbagai masalah telah ditangani dengan penggunaan danperkhidmatan komputer yang dapat melakukan tugas tersebut dengan lebih cekap dan cepat.  Begitu juga dalam bidang ketenteraan, komputer digunakan dari menyimpan inventori hinggalah mengadakan simulasi peperangan di skrin.  Komputer juga digunakan untuk mengikut pergerakan musuh di kawasan sempadan.
Satu sistem komputer juga diguna untuk mengawal pengaliran trafik di bandar. Aliran trafik dapat diurus dengan berkesan dengan mengesan arah trafik yang banyak dengan menggunakan alat-alat pengesan.  Melalui cara ini, jika terdapat lebih banyak kenderaan dari satu arah, komputer akan membiarkan lampu hijau menyala untuk jangka masa yang sesuai.  Dalam bidang pengangkutan, COSMOS-11 diperkenal oleh Mas dengan memberikan kemudahan kepada penumpang untuk mengetahui status penempahan merekatermasuk penempahan hotel, dari mana-mana tempat di dunia.  Begitu juga urusan pendaftaran pemilik dan kenderaan dapat dilaksanakan dengan penggunaan komputer.  Hinggakan telah diperkenalkan juga penggunaan komputer untuk menjalankan kenderaan-kenderaan penumpang tanpa kawalan.
Banyak lagi segala urusan-urusan pentadbiran diurus dengan menggunakan komputer.  Ini bukan hanya dapat menjimatkan masa malah dapat melakukan segala urusan dengan lebih praktikal. 
2.8. Penggunaan Komputer Dalam Bidang Muzik, Tarian, Sukan, dan Seni
           Sekarang ini komputer boleh diprogramkan untuk bermain muzik.  Tempat-tempat hiburan mempunyai muzik yang dikawal oleh komputer dengan lebih murah dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja. Komputer juga digunakan untuk mengatur susunan tarian dan juga muzik.
           Setiap permainan memerlukan pergerakan.  Pergerakan terbaik boleh didapati dengan analisis terperinci tentang sistem fizikal seseorang.  Olahragawan olimpik yang terkenal, pemain tenis semuanya menggunakan komputer untuk menganalisis prestasi sambil mereka bermain dengan menggunakan penderia tubuh.  Pemain-pemain tersebut mngikut arahan-arahan komputer untuk memperbaiki permainan mereka.
           Komputer juga boleh diprogramkan untuk melukis gambar yang berkualiti tinggi .  Melukis dengan menggunakan komputer mempercepatkan proses mencipta.  Kerja-kerja seni boleh dilakukan dan dibuat kajian semula dalam waktu yang singkat jika dibandingkan dengan kedah tradisional.  Filem-filem kartun yang dihasilkan oleh komputer telah berkembang dengan begitu meluas.
2.9. Penggunaan Komputer di Rumah
          Penggunaan komputer di rumah bermula dari bermain, membeli-belah hinggalah pemindahan bayaran.  Mikrokomputer dugunakan juga di rumah untuk mengawal keselamatan di samping mengawal hawa dingin dan lampu.  Penggunaan komputer di rumah membolehkan surirumah mendapat maklumat terbaru tentang fesyen dan boleh membuat pesanan kepada pasarayadengan menggunakan teleteks dan video.  Juga untuk merancang belanjawan dan inventori di rumah.  Ini semua boleh dilakukan dengan menggunakan mikrokomputer yang disambungkan pada bank data kebangsaan.
Kanak-kanak boleh menggunakan komputer untuk mempelajari mata pelajaran sekolah atau permainan pendidikan.  Memang jelaslah komputer telah menjadi mesin maklumat dalam masyarakat kita.
3.0 PENUTUP
           Perkembangan pesat dunia sains dan teknologi telah mengubah corak hidup masyarakat kini.  Segala urusan, pemprosesan, pengumpulan maklumat-maklumat, atau apa juga aspek-aspek dalam pelbagai bidang yang dahulunya dilakukan secara manual, yang memberikan banyak risiko daripadanya telah berjaya dilakukan dengan lebih efektif, cepat, serta lebih praktikal dengan pengaplikasian atau penggunaan teknologi maklumat atau komputer.
           Penggunaannya yang mencakupi dalam pelbagai bidang antaranya dalam bidang perniagaan, institusi kewangan, industri, pendidikan, pentadbiran dan lain-lain bidang lagi telah merealisasikan hasrat untuk memajukansesebuah negara. Hakikatnya kini, komputer telah menjadi nadi dan tulang belakang masyarakat hari ini.  Apa jua bidang,pengkomputeran  telah banyak mengambil-alih tugas manusia.  Ia bukan sahaja dapat membantu dalam pengiraan, menyimpan maklumat, mengesan sesuatu juga membuat keputusan untuk meningkatkan keberkesanan dan produktiviti.
           Maka dengan itu jelaslah dikatakan kini bahawa penggunaan komputer telah meluas dipraktikkan dan digunakan. Bersesuaian dengan dunia globalisasi dan tanpa sempadan, komputer merupakan mesin maklumat dalam masyarakat kini juga merupakan nadi penggerak semua jentera pentadbitan dalam apa juga bidang.  

KOMPUTER

Komputer merupakan mesin boleh atur cara yang direka untuk membaca dan melaksanakan urutan sesebuah senarai arahan yang membuatkan ia melakukan operasi aritmetik dan logik berdasarkan angka binari. Pada asasnya, komputer terdiri dari ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang untuk peyimpanan data; dan unit pemprosesan pusat yang berfungsi sebagai unit kawalan serta mengandungi unit logik aritmetik. Aksesori (contohnya papan kekunci, tetikus atau kad grafik) boleh dihubungkan supaya komputer dapat menerima input luar dan memaparkan output.
Unit pemproses komputer melaksanakan siri arahan yang membuatkan ia membaca, memanipulasi dan kemudian menyimpan data. Ujian dan arahan loncat membenarkannya untuk bergerak di dalam ruang program dan oleh itu melaksanakan arahan berlainan sebagai fungsi dari kedudukan semasa dari mesin itu atau persekitarannya.
Komputer boleh juga bertindak balas terhadap sampukan yang membuatkan ia melaksanakan set arahan tertentu dan kemudian kembali meneruskan apa yang ia sedang buat sebelum sampukan.
Komputer elektronik pertama telah dibangunkan pada pertengahan abad ke-20 (1940-1945). Dengan saiz seumpama sebuah bilik besar, ia memerlukan kuasa yang banyak seumpama beberapa ratus komputer peribadi (PC) moden.[1]
Komputer moden yang berasaskan litar bersepadu adalah berjuta, malah berbilion kali lebih berupaya berbanding komputer-komputer terawal, dan memerlukan ruang yang kecil sahaja.[2] Komputer ringkas adalah cukup kecil untuk dimuatkan dalam peranti mudah alih, dan komputer mudah alih boleh dikuasakan dengan bateri kecil. Komputer peribadi dalam berbagai reka bentuk adalah lambang Era Maklumat dan apa yang kebanyakan orang anggap sebagai "komputer". Pun begitu, komputer terbenam yang didapati dalam pelbagai alat, daripada pemain MP3 sehinggalah jet pejuang dan daripada permainan sehinggalah robot industri adalah yang paling banyak.

COMPUTER ETHICS


Ethics is a set of moral principles that govern the behavior of a group or individual. Therefore, computer ethics is set of moral principles that regulate the use of computers. Some common issues of computer ethics include intellectual property rights (such as copyrighted electronic content), privacy concerns, and how computers affect society.
For example, while it is easy to duplicate copyrighted electronic (or digital) content, computer ethics would suggest that it is wrong to do so without the author's approval. And while it may be possible to access someone's personal information on a computer system, computer ethics would advise that such an action is unethical.
As technology advances, computers continue to have a greater impact on society. Therefore, computer ethics promotes the discussion of how much influence computers should have in areas such as artificial intelligence and human communication. As the world of computers evolves, computer ethics continues to create ethical standards that address new issues raised by new technologies.

Komputer adalah alat yang dipakai untuk mengolah data menurut perintah yang telah dirumuskan. Kata komputer semula dipergunakan untuk menggambarkan orang yang perkerjaannya melakukan perhitungan aritmatika, dengan atau tanpa alat bantu, tetapi arti kata ini kemudian dipindahkan kepada mesin itu sendiri. Asal mulanya, pengolahan informasi hampir eksklusif berhubungan dengan masalaharitmatika, tetapi komputer modern dipakai untuk banyak tugas yang tidak berhubungan dengan matematika.
Secara luas, Komputer dapat didefinisikan sebagai suatu peralatan elektronik yang terdiri dari beberapa komponen, yang dapat bekerja sama antara komponen satu dengan yang lain untuk menghasilkan suatu informasi berdasarkan program dan data yang ada. Adapun komponen komputer adalah meliputi : Layar Monitor, CPU, Keyboard, Mouse dan Printer (sbg pelengkap). Tanpa printer komputer tetap dapat melakukan tugasnya sebagai pengolah data, namun sebatas terlihat dilayar monitor belum dalam bentuk print out (kertas).
Dalam definisi seperti itu terdapat alat seperti slide rule, jenis kalkulator mekanik mulai dari abakus dan seterusnya, sampai semua komputer elektronik yang kontemporer. Istilah lebih baik yang cocok untuk arti luas seperti "komputer" adalah "yang memproses informasi" atau "sistem pengolah informasi."